Friday, November 28, 2008

Di Hari Persandingan Nuar

Disini kami sekeluarga mengucapkan selamat pengantin baru kepada Nuar dan isteri maaflah tempohari tak sempat lama-lama.Kak Rozi mengejar masa waktu tu.Sebab pagi esoknya harus berangkat ke Kuala Terengganu.

Kenangan diTeluk Cempedak

Pada hari Isnin 24/11 kak Rozi pulang ke T'ganu menziarah makcik hubby yang sedang sakit tenat.Petang Selasa kami pulang semula ke Klang cadangnya tapi bertukar fikiran.Kami tidur semalam di Cerating.Tengahari Rabu singgah sekejap di Teluk Cempedak dan menziarah teman lama hubby di Hospital Kuantan di wat 5B.Tapi tak dapat bertemu sebab Azmi telah di masukkan ke bilik bedah.Kepada Azmi semoga cepat sembuh. Iman dan Wani sempat bergambar dengan makcik Jamiah dan tok wan.
Wani dan Iman nak gak bergambar dengan ayah dan tok wannya.Malu-malu pulak tu....
Mengabadikan kenangan di chalet kat Cerating,Pahang
Lihatlah anak dara ku bergaya mengalahkan model..
Masing-masing bergaya abis...hubby nak sangat bergambar dekat batu hitam tu....
Kenangan di Teluk Cempedak.Biasanya kak Rozi malas nak bergambar tapi cuti kali ni...

Sunday, November 16, 2008

Basikal Baru

Wani gembira bila dibelikan basikal.Basikal ni merupakan hadiah pada wani sebagai pembakar semangatnya untuk lebih berusaha tahun depan.Tahun ni Wani dapat tempat ketiga dalam kelasnya.
Pada pagi hari Jumaat lepas,Wani bangun awal. Tau-tau aje dia dah bangun. Bersemangat nak ke sekolah sebab nak gi amik hadiah.Tapi ape nak buat dia sampai lambat ke sekolah sebab motor rosak.Bila namanya dipanggil dia tak dapat naik ke pentas sebab tak ada pas.Sampai je dirumah nampak kehampaan diwajahnya.
"Ibu tau tak cikgu tu tak bagi kakak naik pentas bila nama kakak cikgu panggil"
"kenapa"
"Kakak sampai lambat tadi.Orang semua dah masuk"
Bangun je tidur pagi Sabtu"ibu geram tak kalau tak dapat hadiah tu"
Kesian pulak bila Wani tanya macam tu."tak pelah kakak petang nanti ibu ajak ayah pegi beli basikal ye"

Iman tengah bergaya dengan basikal barunye.Sampai je kat umah petang semalam tak sempat-sempat Iman nak naik basikalnye.Sepetang dia duk mengayuh basikal, dah nak maghrib baru dia nak masuk.Hari ni Iman asik bertanyakan bila hari nak petang dah tak sabar nak mengayuh basikal.
Cc ni dibuat sebab Wani duk sibuk tanya ibu nak buat apa untuk jamuan kat sekolah ugama nanti."Kakak dah tak sabar nak pegi sekolah" katanye pada hari Selasa lepas.Pulang dari sekolah sibuk dia bercerita pada ayahnye kawan-kawannye suruh bawa lagi esok.

Sunday, November 9, 2008

Paprik Ayam.

2 keping dada ayam(dipotong kecil-kecil)
1 biji bawang besar(dipotong bulat)
2 ulas bawang putih(diketuk/cincang)
15 biji cili api(ikut suka.)
1 batang karet(potong memanjang)
3 urat kacang panjang
sedikit sos tiram
sedikit sos tomato
sedikit sos cili
sedikit kicap
garam (ikut cita rasa)
sedikit gula

Cara:
Panaskan minyak tumiskan bawang putih dan masukkan cili api diikuti daging ayam. Kemudian bolehlah masukkan kesemua sos yang ada.Bila ayam dah masak bolehlah masukkan bawang besar dan sayur.Masakkan sebentar bolehlah diangkat.

Thursday, October 23, 2008

Semasa pulang raya di T'ganu

Gambar ni di ambil semasa menanti hubby menunaikan solat Jumaat di Masjid terapong pada hariraya lepas.
Sempat gak anak bujang ku ini posinggg.....



Pada asalnye Kak Rozi nak gi ke Penarik, anak-anak nak main laut tapi bila tengok jambatan t'ganu sesak hasrat dibatalkan.Jadi untuk tidak menhampakan anak-anak singgah sat di Masjid Kristal.

Monday, August 25, 2008

Choc Moist Cake

Kek ni Kak Rozi buat khas untuk sepupu yang melangsungkan pertunangan dengan gadis pilihan hatinya pada cuti sekolah lepas.
Best Choc Moist Cake(resepi dr fp elianas)

1 cawan mentega(200 gm)

13/4 cawan gula(350 gm)

3 biji telur(A)

2 1/2 cawan tepung (akak guna 150gm superfine,100gm tepung biasa)

6 tbsp serbuk koko
1 1/2 baking soda

1 1/2 cawan fresh milk

1 1/2 tsp esen vanila

1 tsp garam
Cara:-

Panaskan oven 175 darjah cel.Guna loyang 9 inci.Ayak tepung bersama baking soda dan serbuk koko.Pukul mentega bersama gula hingga kembang,masukkan telur satu persatu di ikuti esen vanila.kemudian masukkan tepung berselang seli dengan susu.Gaulkan sehingga sebati.Bakar selama 40-45 minit.

Saturday, June 21, 2008

Sambal Sotong

Kak Rozi belajar masakan ni dari mak mertua.
Sambal Sotong

1 kg sotong
2 ulas bawang putih
3/4 inci halia
1 biji bawang besar
5 sudu makan cili kisar
1/2 belacan
1 batang serai
1 biji bawang besar dihiris bulat
air asam jawa

Cara:
Sotong dibersihkan.Bawang putih,halia,bawang besar dan belacan dikisar atau ditumbuk pun boleh.Panaskan kuali masukkan sotong masak hingga airnya agak kering(jgn masukkan air kerana sotong akan mengeluarkan air).
Keluarkan sotong.Dalam kuali yang sama masukkan minyak. Tumiskan bahan kisar dan serai hingga naik bau/garing.Kemudian masukkan sotong,air asam,bawang besar yang dihiris dan bahan perisa(garam dan gula).

Udang Masak Lemak

Satu lagi resepi yang kak Rozi belajar dari mak mertua.Kalau mak,Kak Rozi punya resepi tak ada halia, serai dan bawang putih, semua masuk sekali.
Udang Masak Lemak
1kg udang sederhana besar
2 ulas bawang putih
3/4 inci halia
1 biji bawang besar
1 batang serai dititik
1 helai daun kunyit
3 camca besar cili kisar
250 gm santan pekat
1 keping asam keping
sedikit serbuk kunyit
Cara:
Bawang putih,halia dan bawang besar dikisar.Panaskan kuali masukkan santan,serai dan semua bahan kisar masak hingga agak pekat baru masukkan udang. Masukkan asam keping bolehlah dibubuh garam dan gula.Akhir sekali masukkan daun kunyit.
Note:
Bahan kisar ini juga boleh ditumis hingga naik bau dan baru dimasukkan santan.

Tuesday, June 10, 2008

Daging Masak Hitam



Daging Masak Hitam
600gm daging
4 labu bawang besar dihiris1 biji tomato didadu
3/4 cawan kicap
2 sudu besar serbuk cili1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar air asam jawa
1/4 cawan puri tomato
1/2 cawan bawang goreng
3 tangkai daun kari
5 tangkai daun pudina
2 cawan airgaram dan gula secukup rasa
Bahan tumis:
1/2 cawan minyak
2 sudu besar minyak sapi
labu bawang besar hiris
2 helai daun pandan
1 batang serai dititik
6 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Bahan kisar:
3 cm halia
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Cara:
Panaskan minyak dan minyak sapi,tumiskan bahan tumis hingga naik bau.Masukkan bahan kisar dan serbuk cili tumiskan hingga pecah minyak.Kemudian masukkan serbuk jintan putih biarkan sebentar masukkan daging,bawang besar hiris,tomato yang didadu dan air.Tutup periuk sambil dikacau sekali-sekali.Bila daging empuk masukkan kicap,puri tomato,air asam jawa,garam dan gula biarkan sebentar.Akhir sekali masukkan bawang goreng,daun kari dan daun pudina.