Saturday, June 21, 2008

Sambal Sotong

Kak Rozi belajar masakan ni dari mak mertua.
Sambal Sotong

1 kg sotong
2 ulas bawang putih
3/4 inci halia
1 biji bawang besar
5 sudu makan cili kisar
1/2 belacan
1 batang serai
1 biji bawang besar dihiris bulat
air asam jawa

Cara:
Sotong dibersihkan.Bawang putih,halia,bawang besar dan belacan dikisar atau ditumbuk pun boleh.Panaskan kuali masukkan sotong masak hingga airnya agak kering(jgn masukkan air kerana sotong akan mengeluarkan air).
Keluarkan sotong.Dalam kuali yang sama masukkan minyak. Tumiskan bahan kisar dan serai hingga naik bau/garing.Kemudian masukkan sotong,air asam,bawang besar yang dihiris dan bahan perisa(garam dan gula).

1 comment:

Anonymous said...

untung mak mentua kak rozi nk ajar kak rozi msk..huhu