Dikala akak tiada order pokok-pokok nilah menjadi teman akak diwaktu pagi.Kadang-kadang tak sedar hari dah tinggi.Suka lihat bila semuanya berbunga.Bila malam tiba bau jasmin lembut menerpa ke hidung.
Thursday, July 23, 2009
Kek Untuk CT
Hari Ahad yang lepas akak pergi ke Senawang.Adik akak baru dapat baby boy.Namanya kalau tak silap Mohd Farid Adam tapi akak tak bawa kamera masa tu jadi tak dapatlah nak ambil gambarnya.Kek ni akak buat untuk Ct sempena ulang tahunnya yang ke 17.
Kek Coklat
Beberapa hari yang lepas sempat akak mencuba resepi kek dibawah dan rasanya tak mengecewakan.Sedaaaap.
Kek Coklat Nazam Berkasih
Sumber:Majalah Rasa Okt 2006
Bahan:
500 gm gula
225 gm mentega
4 biji telur
400 gm tepung gandum
125 gm serbuk koko
20 gm soda bikarbonat(akak guna 10 gm baking powder dan 10 gm soda bikarbonat)
750 ml susu segar
Cara:
1.Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2.Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.
3.Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko dan soda bikarbonat berselang seli dengan susu segar sehingga habis.Adun hingga sebati.
4.Masukka dalam loyang dan bakar pada suhu 175-180 c 45.Selama minit atau sehingga masak.
*Akak buat setengah adunan,guna loyang 8".
Topping
500 gm coklat masakan
500 gm whipping cream
1 tbsp glukos
1 tbsp mentega
Cara:
Guna kaedah double boil.Masukkan whipping cream dan glukos.Kacau hingga glukos larut .
Masukkan coklat masakkan diikuti mentega.Kacau hingga kesemuanya sebati.
Simpan semalaman,barulah digunakan.
Kek Coklat Hitam
Sumber:Majalah Rasa Sept 2008
Bahan:
300 gm gula kastor
180 gm tepung gandum
60 gm serbuk koko'HERSHSEY'S cocoa natural unsweetened'(akak guna koko biasa jea)
2 tsp 'double action'baking powder
1/2 tsp garam
1/4 tsp soda bikarbonat
1 tbsp'HERSHEY'S goodnight kisses milk chocolate' (akak abaikan)
Bahan B:
3 biji telur(A)
125 ml minyak jagung
250 ml air(akak ganti dgn air panas)
3 tbsp 'HERSHEY'S goodnight hugs white chocolate'(akak abaikan)
Bahan C:
250 ml air panas(akak abaikan)
1 tsp esen vanilla
Cara:
1.Ayak tepung bersama dengan baking powder dan soda.
2.Satukan kesemua bahan A dan dikacau hingga rata.
3.Didalam bekas yang berasingan kacau bahan B hingga sebati.
4.Kemudian masukkan bahan A dan digaul hingga rata dan sebati.
5.Masukkan dalam loyang dan bakarlah hingga masak.
*Topping akak guna yang sama macam diatas.
Kek Coklat Lembap VT
Bahan:
250 gm mentega
250 gm gula
6 biji telur(akak guna gred A)
250 tepung selfraising (akak guna tepung gandum dan tambahkan 1 tsp baking powder dan 1/2 tsp soda bikarbonat)
Bahan B:
75 gm serbuk coklat
125 air(akak guna air panas)
50 gm gula kastor
Cara:
1.Campurkan kesemua bahan B kacau hingga gulanya larut.Ketepikan.
2.Pukul mentega dan gula hingga kembang.
3.Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.
4.Kemudian masukkan tepung diikuti bahan B.
5.Gaullah hingga semuanya sebati.
6.Tuangkan kedalam loyang dan bakarlah hingga masak.

Wednesday, July 15, 2009
Ulang Tahun Along
Pada hari Jumaat minggu lepas merupakan ulang tahun kelahiran along/Apit(panggilan kat umah).10/7 tahun ni jatuh pada hari Jumaat sama macam hari lahirnya pada 17 tahun yang lepas.Apit minta dibuatkan kek choc moist untuk dibawa kesekolah.Dia nak meraikannya di sekolah bersama teman sekelas.
Makan-makan dipantai Jeram
Pada hari Ahad yang lepas akak dan keluarga pergi ke Medan Ikan Bakar di pantai Jeram untuk meraikan ulang tahun Along.Hidangan malam tu ikan kerapu masak stim,sotong celup tepung,sayur campur dan kerang bakar.
Cotton Cheese Cake
Cotton Cheese Cake
Bahan A:-
250 gm cream cheese
50 gm butter
100 gm fresh milk
Bahan B:-
6 biji kuning telur
60 gm tepung superfine
20 gm tepunh jagung
1 tbsp jus lemon
1/4 tsp garam
Bahan C:-
140 gm gula halus
6 biji putih telur
3/4 tbsp jus lemon
Cara:
Cairkan butter,susu dan cream cheese dengan kaedah double boil.Sejukkan.
Satukan kedua-dua jenis tepung dan ayak.
Bila bahan A telah sejuk masuk bahan B.Ketepikan.
Pukul putih telur hingga naik buih kemudian masukkan gula sedikit-sedikit berserta jus lemon.Pukul hingga kembang.
Masukkan bahan C kedalam adunan yang diketepikan tadi.Kacaulah hingga sebati.
Bakar(steam bake) pada suhu 165 C selama 1 jam atau hingga masak.

Tuesday, July 14, 2009
makan-makan hujung minggu
3 minggu lepas akak dan kelurga gi makan sate kat hentian Kinrara.Masa tu tak ingat langsung nak amik gambar masa perut dah kenyang baru teringat.Masa tu order sate ayam 100 cucuk fresh oren 1 jug.
Sehari sebelum sekolah dibuka.
Kesian pulak kat anak-anak cuti sekolah tak gi kemana-mana.Selepas balik dari menghantar wedding kek kat Bangi akak bawa anak-anak gi mandi-manda kat Ulu Yam.Gambar tak berapa terang sebab guna hp.
Subscribe to:
Posts (Atom)