Sunday, November 16, 2008

Basikal Baru

Wani gembira bila dibelikan basikal.Basikal ni merupakan hadiah pada wani sebagai pembakar semangatnya untuk lebih berusaha tahun depan.Tahun ni Wani dapat tempat ketiga dalam kelasnya.
Pada pagi hari Jumaat lepas,Wani bangun awal. Tau-tau aje dia dah bangun. Bersemangat nak ke sekolah sebab nak gi amik hadiah.Tapi ape nak buat dia sampai lambat ke sekolah sebab motor rosak.Bila namanya dipanggil dia tak dapat naik ke pentas sebab tak ada pas.Sampai je dirumah nampak kehampaan diwajahnya.
"Ibu tau tak cikgu tu tak bagi kakak naik pentas bila nama kakak cikgu panggil"
"kenapa"
"Kakak sampai lambat tadi.Orang semua dah masuk"
Bangun je tidur pagi Sabtu"ibu geram tak kalau tak dapat hadiah tu"
Kesian pulak bila Wani tanya macam tu."tak pelah kakak petang nanti ibu ajak ayah pegi beli basikal ye"

Iman tengah bergaya dengan basikal barunye.Sampai je kat umah petang semalam tak sempat-sempat Iman nak naik basikalnye.Sepetang dia duk mengayuh basikal, dah nak maghrib baru dia nak masuk.Hari ni Iman asik bertanyakan bila hari nak petang dah tak sabar nak mengayuh basikal.
Cc ni dibuat sebab Wani duk sibuk tanya ibu nak buat apa untuk jamuan kat sekolah ugama nanti."Kakak dah tak sabar nak pegi sekolah" katanye pada hari Selasa lepas.Pulang dari sekolah sibuk dia bercerita pada ayahnye kawan-kawannye suruh bawa lagi esok.

1 comment:

cendawanintim said...

yeayyyyyyyy, dapat beskal baru!