Tuesday, April 30, 2013

Mud Cake

Hari ni 1 Mei kepada semua Selamat Hari Pekerja.Selamat beristirehat bersama keluarga tersayang.Tengahari ni saya nak kongsikan satu lagi resepi yang baru saya cuba.Seperti selalu resepi ni juga dah lama dalam simpanan.Pagi tadi siapkan sponge kek untuk pelanggan kemudian mood tengah rajin terus je sambung dengan kek ni pulak.Keknye sedap..lembab gi tu tapi ade sikit manis lah pada saya tu yang tak letak topping.Senang nak buat kek ni tak perlukan mixer pun...cam buat kek choc moist je...Dibawah ni saya sertakan resepinye bolehlah buat minum petang nanti.


Mud Cake
Mud Cake

Bahan yang perlu dicairkan:
125g dark cooking choc
125g butter

Bahan yang perlu diayak:
160g tepung gandum
15g serbuk koko
1/4tsp soda bikarbonat

220g gula kastor
2 bj telor A
1 tbsp minyak
1/2 tsp esen vanila
1/4 cwn buttermilk
90ml air + 1/2 tsp nescafe

Cara:
1).Panaskan oven pada suhu 150'C.
2).Campurkan gula bersama tepung didalam mangkuk.Gaulkan hingga rata
3).Dalam mangkuk lain masukkan telur,minyak,buttermilk,air nescafe dan esen vanila.Kacau hingga sebati
4).Kemudian masukkan kedalam mangkuk tepung.Kacau hingga sebati.
5).Akhir sekali masukkan bahan yang dicairkan tadi.Kacau hingga rata dan sebati.
6).Masukkan kedalam loyang dan bolehlah dibakar.

*Pada yang nak tambah lemak dibadan bolehlah bubuh ganache.

No comments: