Thursday, September 3, 2009

Cotton Soft Cheese Cake

Bahan:
(A)
250gm cream cheese
50gm butter
100gm susu segar
6 biji kuning telur
1 tbsp jus lemon
1/4 tsp garam
60gm tepung kek/superfine
20gm tepung jagung

(B)
140gm gula aising
6 biji putih telur
3/4 tsp jus lemon(klu x ada guna krim of tartar)

Cara:
1) Cairkan cream cheese,butter dan susu dalam double boiler.Sejukkan
2) Masukkan kuning telur,jus lemon,garam dan esen vanila diikuti dengan tepung.Kacau hingga semuanya sebati.
3) Dalam mangkuk lain pukul putih telur hingga naik buih baru masukkan gula diikuti dengan jus lemon.
4) Pukullah hingga kembang(soft peaks)
5) Kemudian masukkan kedalam bahan A tadi.Jangan dicampurkan semuanya bahagikan kepada 4.Gaulkan hingga rata.
6) Tuangkan dalam acuan dan bolehlah dibakar.
7) Bakar dengan cara steam bake pada suhu oven 160c

*Boleh juga kalau nak tambah perisa pandan/coklat.

Wednesday, September 2, 2009

Menu berbuka hari ke 11

Tahun ni akak x banyak amik tempahan,dapatlah menyiapkan juadah untuk keluarga.Tahun-tahun yang lepas biasanya akak beli je.Tahun ni... hingga hari ni x penah beli lagi kat bazaar ramadan.Anak-anak pun nampak seronok bila masa berbuka.Akak pun dapatlah rehat sikit.Kalau tak tu....penatt...Bila petang terkejar nak menyiapkan juadah dan sahur kadang2 tak terbangun pulak.Seronok rasanya dapat menyediakan juadah untuk anak-anak.Tahun ni merupakan tahun pertama Iman mula berpuasa.Seronok bila tengok Iman makan masa berbuka.Sampai dia tanya kat akak "ibu... kenapa ibu masak sedap-sedap semuanya".Juadah masa berbuka mehon goreng,bubur pulut hitam dan kuih buah melaka.Sahur baru makan nasi.

Kepasar Borong

Pagi Ahad baru ni akak sempat kepasar borong Klang.Pada mulanya akak suruh hubby pergi sorang disebabkan pagi tu hujan lebat agak payahlah nak meninggalkan tempat beradu nak tak nak akak kena bergerak dulu.Bila tengok akak dah siap terpaksalah dia bangun.Nak buat camne... ni bulan puasa nafsu makan tu lain sikit dari hari biasa. Jambu dijual 50 sen sebiji.Kalau hari biasa mana dapatt...
Hari ni ikan kurang yang ada semuanya ikan besar2 dan udang pun cepat habis

Tuesday, September 1, 2009

Kuih Getas


1/2 kampit tepung pulut
lebih kurang segenggam kelapa parut(putihnya saja)
air garam secukupnya
minyak untuk menggoreng
gula pasir untuk menyira

Cara:
Gaulkan tepung dengan kelapa parut hingga rata.Masukkan air garam gaullah hingga boleh dibentuk.Kemudian digoreng hingga agak kekuningan.Bila semuanya siap digoreng ambil kuali lain masukkan gula pasir dan 1 camca besar air masak hingga gula hancur,masukkan kuih tadi gaulkan hingga semuanya bersalut dengan gula.

Menu berbuka hari ke 7

Hari tu penyakit M makan nasi menyerang jadi akak masak mee goreng,bubur gandum dan kuih getas.Dah lama akak tak buat kuih ni.Pada mulanya akak sangkakan akan banyaklah baki kuih ni tapi sangkaan akak silap.Rupa-rupanya anak-anak semua sukakannya,siap pesan suruh buat lagi nanti.

Sup Petola

1 biji petola
2 biji kentang
1 paket fish ball
sedikit suun
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar didadu
1 biji cili merah di hiris
stok ayam secukupnya
daun sup dan daun bawang

Cara:
Tumiskan bawang putih dan bawang besar yang didadu hingga naik bau,masukkan kentang dan tuangkan stok ayam.Biar hingga kentang hampir empuk baru masukkan petola.Setelah itu masukkan suun dan bubuhlah garam secukup rasa.Padamkan api ,masukkan daun sup dan bawang.

Cicah Ikan Bakar


1 biji tomato didadu (yang agak besar)
1 biji bawang besar dihiris nipis2
5 biji cili merah dan sedikit cili api diblender
sedikit garam
sedikit cuka
sedikit gula
sedikit belacan
sedikit kicap
sedikit air asam jawa

Cara:
Campurkan kesemuanya dan rasalah secukup rasa.

Menu berbuka hari ke 8

Hari tu akak agak sibuk menyiapkan tempahan dari Rozi jadi tugas dapur diambil alih oleh cik abang.Masakkan yang mudah untuk disediakan inilah dia.....ikan bakar dan buat sup petola.Apa-apa pun terima kasih kerana abang sudi menbantu...

Tahu Sumbat Ayam

Tahu goreng ni kegemaran akak-anak akak. Tahu Sumbat Ayam

7 keping tahu
Isi ayam
2 ulas bawang putih dicincang
1/2 biji bawang besar di cincang
1 biji cili merah dicincang
sedikit daun sup dan daun bawang dihiris halus
sedikit lada sulah
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Cara:
1.)Tahu dibersihkan dan dibelah 2.Kemudian dibelah tengahnya.
2.)Isi ayam dicampurkan dengan kesemua bahan kecuali tahu.Gaul hingga semuanya sebati.
3.)Sumbatkan isi ayam kedalam tahu dan goreng.
Boleh dimakan cam tu aje atau boleh juga dicicah dengan sos cili