Friday, November 28, 2008
Di Hari Persandingan Nuar
Kenangan diTeluk Cempedak
Pada hari Isnin 24/11 kak Rozi pulang ke T'ganu menziarah makcik hubby yang sedang sakit tenat.Petang Selasa kami pulang semula ke Klang cadangnya tapi bertukar fikiran.Kami tidur semalam di Cerating.Tengahari Rabu singgah sekejap di Teluk Cempedak dan menziarah teman lama hubby di Hospital Kuantan di wat 5B.Tapi tak dapat bertemu sebab Azmi telah di masukkan ke bilik bedah.Kepada Azmi semoga cepat sembuh.
Iman dan Wani sempat bergambar dengan makcik Jamiah dan tok wan.
Wani dan Iman nak gak bergambar dengan ayah dan tok wannya.Malu-malu pulak tu....
Mengabadikan kenangan di chalet kat Cerating,Pahang
Lihatlah anak dara ku bergaya mengalahkan model..
Masing-masing bergaya abis...hubby nak sangat bergambar dekat batu hitam tu....
Kenangan di Teluk Cempedak.Biasanya kak Rozi malas nak bergambar tapi cuti kali ni...
Sunday, November 16, 2008
Basikal Baru
Pada pagi hari Jumaat lepas,Wani bangun awal. Tau-tau aje dia dah bangun. Bersemangat nak ke sekolah sebab nak gi amik hadiah.Tapi ape nak buat dia sampai lambat ke sekolah sebab motor rosak.Bila namanya dipanggil dia tak dapat naik ke pentas sebab tak ada pas.Sampai je dirumah nampak kehampaan diwajahnya.
"Ibu tau tak cikgu tu tak bagi kakak naik pentas bila nama kakak cikgu panggil"
"kenapa"
"Kakak sampai lambat tadi.Orang semua dah masuk"
Bangun je tidur pagi Sabtu"ibu geram tak kalau tak dapat hadiah tu"
Kesian pulak bila Wani tanya macam tu."tak pelah kakak petang nanti ibu ajak ayah pegi beli basikal ye"
Monday, November 10, 2008
Jalan-jalan cari makan
Petang semalam sepulang hubby dari kerja iman dah sibuk ajak keluar jalan-jalan. Dia dah mula bosan main dengan teman-temannye sebab masing-masing dah beli basikal sorang satu cuma dia aje yang masih akak tak belikan lagi. Lepas Mahgrib kami keluar. Pada asalnye nak ke Shah Alam saja tapi bila dah ada yang kata nak makan satay hubby terus ajak ke hentian rehat Kinrara.



Sunday, November 9, 2008
2 keping dada ayam(dipotong kecil-kecil)
1 biji bawang besar(dipotong bulat)
2 ulas bawang putih(diketuk/cincang)
15 biji cili api(ikut suka.)
1 batang karet(potong memanjang)
3 urat kacang panjang
sedikit sos tiram
sedikit sos tomato
sedikit sos cili
sedikit kicap
garam (ikut cita rasa)
sedikit gula
Cara:
Panaskan minyak tumiskan bawang putih dan masukkan cili api diikuti daging ayam. Kemudian bolehlah masukkan kesemua sos yang ada.Bila ayam dah masak bolehlah masukkan bawang besar dan sayur.Masakkan sebentar bolehlah diangkat.
Subscribe to:
Posts (Atom)