Rumahku Duniaku.
Suka dan duka merupakan rencah kehidupan.
Monday, September 24, 2018
Saturday, August 13, 2016
Ingin kembali....
Assalamualaikum...lamanye meninggalkan blog ni sepi dan bersawang...rasa2nye mcm nak mengemas kat sini tapi....tengoklah nnt andai ade masa terluang blog ni akan dikemaskan semula...
Selagi kita bernyawa selagi itu lah hidup harus diteruskan...
Anak2 pon dah besar2 semuanye..yg kecik pon dah 13 tahun..yg sulong dah 24 tahun cuma... jodoh je belum sampai 😆
Aku masih sama macam dulu juga cuma usia semakin menghampiri penghujungnye...masih lagi menerima tempahan kuih utk menampung perbelanjaan dan pembelajaran anak2.. yg no 2 masih lagi menuntut di UMK semesta ke4...ini lah tangungjawap seorang ibu yg x mau anaknye menanggung bebanan utang bila habis penggajian.Selagi termampu akan ku usahakan inshaallah.Hanya tinggal 2 tahun je lagi,yg sulong dah selesai degree alhamdulillah.Trm ksh Ya Allah.. memberikan aku kesihatan dan rezeki utk menampung perbelanjaannye hingga selesai.
Tuesday, April 30, 2013
Mud Cake
Mud Cake |
Bahan yang perlu dicairkan:
125g dark cooking choc
125g butter
Bahan yang perlu diayak:
160g tepung gandum
15g serbuk koko
1/4tsp soda bikarbonat
220g gula kastor
2 bj telor A
1 tbsp minyak
1/2 tsp esen vanila
1/4 cwn buttermilk
90ml air + 1/2 tsp nescafe
Cara:
1).Panaskan oven pada suhu 150'C.
2).Campurkan gula bersama tepung didalam mangkuk.Gaulkan hingga rata
3).Dalam mangkuk lain masukkan telur,minyak,buttermilk,air nescafe dan esen vanila.Kacau hingga sebati
4).Kemudian masukkan kedalam mangkuk tepung.Kacau hingga sebati.
5).Akhir sekali masukkan bahan yang dicairkan tadi.Kacau hingga rata dan sebati.
6).Masukkan kedalam loyang dan bolehlah dibakar.
*Pada yang nak tambah lemak dibadan bolehlah bubuh ganache.
Tuesday, April 23, 2013
Butter Cheese Kek
Ni lah rupenye kek sebelum di bakar.... |
Beginilah rupa kek yang dah siap untuk di santap... |
Bahan2nye:
150gm mentega
200gm cream cheese
200gm gula halus
4 biji telur A
250gm tepung gandum}diayak
1 tsp baking powder}diayak
1/2 tsp soda bikarbonat}diayak
50gm susu tepung
100ml susu cair
1 tsp esen vanila
Cara:
-Panskan oven 150'C
-Putar mentega,cream cheese dan gula hingga kembang.
-Masukkan telur satu persatu sambil terus diputar.
-Masukkan tepung yang telah diayak tadi bersama susu tepung dan putar lagi.
-Akhir sekali masukkan susu cair bersama esen vanila.Putar hingga sebati.
-Siap...bolehlah dibakar dalam loyang 8 inci
Selamat mencuba.
Monday, April 8, 2013
Marble Crumble Kek
Salam buat pengunjung blog...minggu ni agak lapang skit,jadi sempat lah saya mencuba resepi yang dah ade dalam list...kalau berminat bolehlah mencuba
Marble Crumble Kek
Bahan A
250gm butter(saya guna buttercup)
190gm gula aising
4 biji telur A
250gm tepung kek
5gm baking powder
2 tbsp serbuk koko(saya bancuh dengan sedikit air)
1 tsp esen vanila
Bahan B
75gm butter
75gm gula castor
150gm tepung gandum
Cara menyediakan:
1) Pukul butter bersama gula aising hingga gebu.
2) Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar diikuti esen vanila.
3)Kemudian masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder.Terus memutar hingga adunan sebati dan tidak berketul.
4)Bahagikan kepada 2 bahagian.1 bahagian warna asal dan 1 bahagian lagi masuk adunan koko tadi.
5).Masukkan kedalam loyang berselang seli.
Bahan B:
Gaulkan kesemuanye hingga menjadi bergentil2.
Bolehlah ditaburkan keatas kek dan dibakar.Suhu oven 170ºc.